
Pakar
Jabatan Kecemasan
KembaliSemua pakar
Rawatan Kecemasan – Tersedia 24/7
Unit kecemasan kami beroperasi 24 jam sehari, 365 hari setahun, dikendalikan oleh pasukan berbilang disiplin doktor dan jururawat yang dilatih khusus untuk menangani situasi mendesak.
Dalam kecemasan, masa adalah kritikal; kes teruk atau ancaman nyawa didahulukan. Pakar dan pakar bedah sedia on-call untuk sokongan segera apabila diperlukan.
Perkhidmatan Kami

Rawatan Trauma dan Kecemasan

Rundingan Pegawai Perubatan (termasuk Laporan dan Preskripsi)
Perkhidmatan pesakit luar termasuk:
- Pembalut luka major dan minor
- Pengambilan sampel darah
- Rawatan untuk melecur, luka pasca operasi, laserasi dan avulsi kuku
- Saringan COVID-19 (RT-PCR / RTK)
- Aplikasi Plaster of Paris (POP) dan splint untuk patau tulang dan kecederaan
- Vaksinasi
- Terapi nebulizer dan oksigen untuk pesakit sesak nafas atau sesak dada
- Penyisipan tiub Ryles dan kateterisasi / saliran pundi kencing
- Bantuan untuk pesakit strok, warga emas, bedridden atau OKU
- Pengangkutan antara hospital
- ECG
Kemudahan di sekitar unit kami:
- Laluan keutamaan untuk OKU, warga emas berusia 70 tahun ke atas, dan bayi di bawah satu bulan
- Perkhidmatan ambulans 24 jam
- Pengimejan diagnostik
- Ujian makmal
- Katil resusitasi untuk kes kecemasan
- Katil pengasingan untuk penyakit berjangkit
- Bilik menyusu
- Ruang menunggu yang selesa

