Skip to content
Selgate Specialist Hospital

Bilik Berita

Program Selangor Saring di Hospital Pakar Selgate Rawang

Kembali

Kami amat gembira melihat hampir 400 hadirin yang menjayakan Program Saringan Selangor di Hospital Pakar Selgate Rawang kali ini.

Ini menunjukkan penduduk Rawang dan sekitarnya amat prihatin terhadap kesihatan dengan memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan kesihatan komprehensif percuma, antaranya:

  • Pemeriksaan fizikal
  • Pengambilan sampel darah dan air kencing
  • Rundingan kanser (serviks, payudara, kolorektal, dan prostat)
  • Pemeriksaan pergigian
  • Fisioterapi

Turut hadir YB Tuan Chua Wei Kiat, ADN Rawang, yang bersalaman dengan semua hadirin dan menggalakkan pasukan Selcare serta Hospital Pakar Selgate Rawang terus berkhidmat memastikan kesihatan komuniti terpelihara.